Posts

21 Jenis Makanan Sunnah

21 Jenis Makanan Sunnah 1. AIR ZAM-ZAM Air zam-zam memang terkenal sebagai air yang paling diberkati dan boleh mengubati pelbagai jenis penyakit denga izin Allah. Dalam sebuah hadith shahih, Nabi SAW menyebut: “Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkati, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan.” Dianjurkan bagi setiap mukmin menikmati air tersebut jika memang mudah memperolehnya. Air tersebut juga boleh digunakan untuk berwudhu. Air tersebut boleh digunakan untuk beristinja’ (membersihkan kotoran setelah buang air). Air tersebut juga boleh digunakan untuk mandi junub jika memang ada keperluan untuk menggunakannya. 2. KURMA Kurma banyak disebut di dalam al-Quran, antaranya dalam surah Mukminah ayat 19: "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan" Kurma merupakan "tenaga segera" kerana mudah diserap dan diproses. Ia juga mengandungi kandungan serat yang ti